Posts

Showing posts from April, 2014

Dunia hanya sementara Akhirat Selamanya

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم Wahai Manusia.. Jangan Engkau Tertipu Daya Oleh Dunia Yang Fana  Sebagai Tempat Ujian Bagi Kita  Dunia Sementara  Akhirat Selama-Lamanya Hiduplah kamu sebelum mati Mudalah kamu sebelum tua Sihatlah kamu sebelum sakit Kayalah kamu sebelum miskin Orang Kaya Mati Orang Miskin Mati Raja-Raja Mati Rakyat Biasa Mati Bertaubatlah kamu sebelum mati Sedangkan Ya Rabbi sentiasa memaafkan hambanya walaupun penuh dengan dosa Semua Pergi Menghadap Ilahi Dunia Yang Dicari  Tak Ada Yang Berarti  Takkan Dibawa Mati

INSPIRING SAJAK I

Image
Hati, Kamu tahu kan yang aku betul sayang kamu? Kamu tahu kan yang aku betul mahu menjaga kamu sebaiknya? Kamu tahu kan segala rasa? Hati, Maaf ya. Sudah berkali aku membiarkan kamu menangis. Sendiri. Tanpa disenangi kembali. Aku ini pentingkan diri ya? Aku mahu mereka gembira. Tapi aku buat kamu terseksa. Terus-terusan diseksa. Maaf ya. Hati, Aku kurang pasti. Sama ada aku kagum Atau aku kecewa sama kamu. Kecewa, kerana sifatmu yang sebegitu rapuh. Mudah sekali kamu kalah. Kagum, kerana kamu masih mampu berfungsi dengan baik Biarpun setelah berkali-kali kau terluka dan berdarah. Hati, Kamu tahu, ada waktunya aku tidak jujur denganmu. Ada saatnya keinginanmu aku abaikan. Ada saatnya kemahuanmu aku turutkan. Bilamana keinginanmu aku abaikan, bukan bereti aku tidak sayang. Tapi kerana aku sudah terlebih sayang! Kamu harus aku jaga baik-baik. Kamu tahu itu, bukan? Hati, Usah bersedih kala rasamu tidak tertunaikan. Ingat, siapa yang pegang kamu. Sem