Posts

Showing posts from 2016

Semoga tenang di sana, atukku

Image
Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang.  Sakit .   Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.  Rasullullah  saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan. Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau. Sepertimana kepergian datukku Allahyarham Mokhtar Mohd juga membuatkan aku rasa sedih tapi tiada siapa boleh melawan takdir allah dan kita yang harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Kalau  rindu  sangat, apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA, tuhan kita juga. yang kita

Inspiring Sajak III

Image
Ia, Kupu-kupu... Kupu-kupu tidak akan pernah tahu apa warna sayap mereka tapi orang-orang tahu betapa indahnya mereka. Seperti juga dirimu… Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu tapi Allah tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya. Iaitu… Ketika engkau tunduk dalam syariat-Nya redha atas takdir-Nya. tersenyum dalam musibah. tegar dalam ujian. teguh dalam pendirian. Subhanallah… Semoga kita semua termasuk dan yang terpilih menjadi hamba yang terindah di mata-Nya. Bersungguhlah dalam mencari dan terus mencari cinta Illahi... -Mawar Soleha-