Posts

Showing posts from February, 2014

Hati

Image
Aku terhimpit dengan pelbagai masalah..... Masalah yang sentiasa berlegar di sekelilingku..... Adakah aku patut menyelesaikannya sendiri? Ataupun aku harus menolak masalah itu ke tepi tanpa menyelesaikannya..... Aku tidak sanggup memendamkannya lagi Ya Allah.... Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi segala cabaran ini serta petunjukmu kepadaku.... Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang?  Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar happy?? Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kep

Inspiring Sajak II

Image
Sebuah Perjalanan Memburu Cita-Cita cita-cita... semua orang memilikinya... tidak kira orang kaya ataupun miskin... orang tua ataupun muda... orang lelaki mahupun perempuan... dan disebalik perjalan memburu cita-citaku, terdapat seribu cerita pahit manis, bahagia mahupun derita... bermulanya aku di tadika cita-citaku ingin menjadi seorang polis... tapi ibu tidak mengizinkan kerana khuatir anaknya mati ditembak penjenayah.. lalu cita-citaku bertukar ingin menjadi tentera laut.. segak berbaju putih kononnya... namun cita-citaku berubah lagi... ketika di sekolah rendah... aku ingin menjadi seorang peguam, yang hebat berkata-kata mempertahankan kebenarannya... sesuai dengan karakterku yang lantang bersuara... masuk pula di darjah 5,bertukar sekolah pula... cita-citaku ingin menjadi seorang doktor, yang membantu pesakitnya.. ku rasakan itulah cita-citaku yang terakhir.. mungkin kerana aku ingin mengikut jejak ibuku..... tapi sayang,bila