Inspiring Sajak II



Sebuah Perjalanan Memburu Cita-Cita

green tree on sand

cita-cita...
semua orang memilikinya...
tidak kira orang kaya ataupun miskin...
orang tua ataupun muda...
orang lelaki mahupun perempuan...

dan disebalik perjalan memburu cita-citaku,
terdapat seribu cerita pahit manis,
bahagia mahupun derita...

bermulanya aku di tadika
cita-citaku ingin menjadi seorang polis...
tapi ibu tidak mengizinkan kerana khuatir anaknya mati ditembak penjenayah..
lalu cita-citaku bertukar ingin menjadi tentera laut..
segak berbaju putih kononnya...
namun cita-citaku berubah lagi...

ketika di sekolah rendah...
aku ingin menjadi seorang peguam,
yang hebat berkata-kata mempertahankan kebenarannya...
sesuai dengan karakterku yang lantang bersuara...
masuk pula di darjah 5,bertukar sekolah pula...
cita-citaku ingin menjadi seorang doktor,
yang membantu pesakitnya..
ku rasakan itulah cita-citaku yang terakhir..
mungkin kerana aku ingin mengikut jejak ibuku.....
tapi sayang,bila berhadapan dengan manusia yang sedang menahan kesakitan,
hatiku menjadi kasihan dan tidak sampai hati menyentuhnya...

dan apabila aku di sekolah menengah
aku disedarkan bahawa cita-cita yang paling mulia adalah "mencari rehda Allah"..
tiada limit akademik yang diperlukan...
selagi hidup,selagi itulah ilmu perlu dicari...
berusaha mendekatkan diri kepda Ilahi..
dakwah menjadi wasilah menuju hakiki..
kadang-kala diuji membuatkan aku tersenyum sendiri lalu berkata
"Allah cintakan aku lalu ujianNya datang bertamu"

Walaupun cita-citaku ingin menjadi seorang Doktor
Aku tidak boleh berhenti mencari keredhaan Allah 
terima kasih Ya Allah atas bimbingan dan ilmuMu...


Sajak from https://www.waktusolat.net/syifa2009.blogspot.com/2013/09/sebuah-perjalanan-memburu-cita-cita.html 

Comments

Popular posts from this blog

INTERVIEW MEDIC UKM and UITM 2019/2020

INTERVIEW MEDIC UNISZA 2019/2020

MEDIC UKM : First Year MBBS Student 2019