Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala(keredhaan) Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu"(HR bukhari) Ya ALLAH, Jika Ramadhan ini terakhir buatku Aku tak ingin meninggalkan satu waktu solat sekalipun walaupun keadaan tidak mengizinkan Jika Ramadhan ini terakhir buatku Aku ingin menunaikan solat terawih di masjid walaupun aku penat melakukan aktiviti di siang hari Jika Ramadhan ini terakhir buatku Aku ingin bersedekah walaupun aku tidak berharta Jika Ramadhan ini terakhir buatku Aku ingin membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun aku tahu tidak akan terbalas oleh aku Jika Ramadhan ini terakhir buatku Aku ingin menutup aurat sepenuhnya walaupun dugaannya berat di kiri kananku Jika Ramadhan ini terakhir buatku Aku...