Jika Ramadhan Ini Terakhir Buatku
maka akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu"(HR bukhari)
Ya ALLAH,
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku tak ingin meninggalkan satu waktu solat sekalipun
walaupun keadaan tidak mengizinkan
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin menunaikan solat terawih di masjid walaupun aku
penat melakukan aktiviti di siang hari
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin bersedekah walaupun aku tidak berharta
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun aku tahu
tidak akan terbalas oleh aku
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin menutup aurat sepenuhnya walaupun dugaannya berat
di kiri kananku
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin mengerjakan semua suruhanmu walaupun akan banyak
bisikan syaitan di telingaku
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin membaca Al-Quran setiap hari serta memahami
ertinya walaupun aku tidak sefasih mana
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
walaupun terkadang aku lupa pada baginda
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin mengajak sahabat-sahabatku berubah kejalanmu
walaupun tidak semua akan menerima ajakanku
Jika Ramadhan ini terakhir buatku
Aku ingin meninggal dunia dengan dapat menyebut
kalimahMU ya allah
DAN
jika
benar Ramadhan ini terakhir buatku
terimalah ibadah puasa,dan semua ibadahku selama ini
walaupun aku tahu aku hambaMU yang hina dan keji.
P/S:Hargailah
Ramadhan yang datang kerana kita tidak tahu adakah kita akan menemuinya lagi di
tahun akan datang.
Comments
Post a Comment
Ask me anything !