6Finite







“Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat bagi insan ini..”

Begitulah sering sukar diluahkan dari lubuk hati. Ungkapan terima kasih buatmu sahabat. Atas segala jasa dan pengorbananmu buatku hingga ke detik ini. Sejak awal pertemuan yang telah meribat ukhuwah yang cukup indah dalam lipatan diari hidup ini. Kalian hadir mewarnai kehidupan ini dengan memori yang tersendiri.

Kalimah penghargaan yang sukar meniti bicara. Sekalipun pena mampu menulisnya belum tentu lidah mampu mengungkapkannya. Bukan sekadar hanya alunan kata-kata tetapi hadirnya dari ketulusan rasa yang terpendam dari lubuk jiwa yang amat dalam.

Seringkali terfikir di mindaku ini. Siapakah diri ini tanpa sahabat-sahabat sekalian? Insan ini menumpang teduh di payung kemesraan yang terjalin. Tanpa persahabatan ini mungkin hidup ini diselubung sunyi dan sepi. Jauh dari gelak tawa, senyum ceria dan usik manja.

Diri ini bertuah mempunyai sahabat seperti kalian. Siapa pun diri ini pada kalian. Sungguh, kalian amat bermakna buat diri ini. Sepanjang meniti kehidupan ini, seringkali ada saat suka dan duka. Saat suka berkongsi bersama. Saat duka pula sering kali berlalu sepi yang seakan hilang dalam keriangan yang wujud dalam ukhuwah kita. Kemesraan yang lahir telah mengusir segala kesepian yang sering singgah di jiwa ini.

“Terima kasih wahai sahabat kerana mempercayai insan ini..”

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada diri ini. Dari sekecil-kecil rahsia hinggalah sebesar-besar rahsia yang terpendam di sanubari dengan tulusnya dikongsi. Seandai itulah yang dapat meringankan bebanan rasa di hati kalian, diri ini sedia mendengarnya, memahami dan sedaya upaya cuba mengerti setiap situasi.

Amanah itu terlalu berat buat diri ini namun akanku terus menjaganya selama hidup ini. Di situ ada cerita dan juga bicara yang bersulam rahsia. Hakikatnya itulah hak kalian pada diri ini untuk berkongsi sesuatu yang di jiwa kalian. Sungguh, diri ini akan terus menjujung hak itu dan akan terus sedia mendengar dan menyimpannya seadanya.

Dalam kuntuman doa dari diri ini yang akan terus mengiringi perjuangan kalian walau di mana pun kalian berada. Ianya akan terus terpahat dalam ingatan dan doa.

"Terima kasih ,sahabatku kerana sentiasa bersama diri ini..."



6Finite : CYKA,FIFI,ICHA,TACHA,NANA DAN QAQA
              Nur Rasyiqah,Nurafrina Syahirah,Nur Anisa,Alin Natasha,Ainaa Maliyanah dan 
             saya


Comments

Popular posts from this blog

INTERVIEW MEDIC UKM and UITM 2019/2020

INTERVIEW MEDIC UNISZA 2019/2020

MEDIC UKM : First Year MBBS Student 2019