Posts

Semoga tenang di sana, atukku

Image
Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang. Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya hari tuhan ambil dia semula. Kita akan rasa satu dentuman halilintar yang memecah gunung ganang.  Sakit .   Namun sebenarnya kenangan dengan mereka itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat kita berdoa untuk dia, sebab dia ada dalam jalur masa hidup kita nan indah dulu.  Rasullullah  saw juga di uji .Pernah kehilangan orang tersayang, dua orang dalam tempoh berdekatan. Namun dia redha dan mengetahui betapa besar nilai ganjaran mereka bersabar & betapa sayang ALLAH kepada beliau. Sepertimana kepergian datukku Allahyarham Mokhtar Mohd juga membuatkan aku rasa sedih tapi tiada siapa boleh melawan takdir allah dan kita yang harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Kalau  rindu  sangat, apa kita kena buat ? Paling penting kita kena sedar , yang dia pergi menghadap tuhan DIA...

Inspiring Sajak III

Image
Ia, Kupu-kupu... Kupu-kupu tidak akan pernah tahu apa warna sayap mereka tapi orang-orang tahu betapa indahnya mereka. Seperti juga dirimu… Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu tapi Allah tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya. Iaitu… Ketika engkau tunduk dalam syariat-Nya redha atas takdir-Nya. tersenyum dalam musibah. tegar dalam ujian. teguh dalam pendirian. Subhanallah… Semoga kita semua termasuk dan yang terpilih menjadi hamba yang terindah di mata-Nya. Bersungguhlah dalam mencari dan terus mencari cinta Illahi... -Mawar Soleha-

6Finite

Image
“Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat bagi insan ini..” Begitulah sering sukar diluahkan dari lubuk hati. Ungkapan terima kasih buatmu sahabat. Atas segala jasa dan pengorbananmu buatku hingga ke detik ini. Sejak awal pertemuan yang telah meribat ukhuwah yang cukup indah dalam lipatan diari hidup ini. Kalian hadir mewarnai kehidupan ini dengan memori yang tersendiri. Kalimah penghargaan yang sukar meniti bicara. Sekalipun pena mampu menulisnya belum tentu lidah mampu mengungkapkannya. Bukan sekadar hanya alunan kata-kata tetapi hadirnya dari ketulusan rasa yang terpendam dari lubuk jiwa yang amat dalam. Seringkali terfikir di mindaku ini. Siapakah diri ini tanpa sahabat-sahabat sekalian? Insan ini menumpang teduh di payung kemesraan yang terjalin. Tanpa persahabatan ini mungkin hidup ini diselubung sunyi dan sepi. Jauh dari gelak tawa, senyum ceria dan usik manja. Diri ini bertuah mempunyai sahabat seperti kalian. Siapa pun diri ini pada kalian. Sungguh, kalian amat...

Adikku Sayang

Image
                                   ~~~~~~~~ ASSALAMUALAIKUM ~~~~~~~~         Cerita ni just 50% rekaan semata -mata daripada Ieqa...Ni ieqa yang reka sendiri tau...>< Karakter utama : Fiyya Emelda - kakak kepada Alyss Erinna                                                   -  13 tahun                            Alyss Erinna -Adik kepada  Emelda                                                 - 8 tahun                                 Emak      ...

Salam Maulidur Rasul 1436H/2015M

Image
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Assalamualaikum. Salam Maulidur Rasul 1436H / 2015M. 12 Rabiulawal merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. BIODATA RASULULLAH SAW Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim. Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah). Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah. Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah). Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah). Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi. C/P Sempena hari Maul...

November 2014

Image
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم                 Mase Exam Akhir Tahun aritu....memang berdebar-debar and gementar la nak jawab exam...study group,study alone,study at home and macam macam jenis study buat untuk prepare exam akhir tahun...Ieqa jawab sehabis baik ieqa and x tinggal kan kosong for the exam.Soalan exam pon memang dah macam PT3 punya soalan..Maybe cikgu semua nak biasakan anak murid die yang menduduki PT3 nnti .Okay itu Ieqa paham...But the problem is why the exam question is so hard...Level die memang high..kene fikir luar kotak...*garukepala*....By the way,it's okay,Allah will help me.Ieqa kene berusaha ngan bertawakkal,In syaa Allah bole :)                Bile dah dapat keputusan peperiksaan ....alhamdulillah keputusan Ieqa baik...9A 3B okay la tu...Asalkan parents bangga and happy..Ieqa jugak dapat tempat ke-6 dalam kelas,dalam tingkatan pulak no.7..."Wuuuuu ...

Hari Raya

Image
Assalamualaikum stalker semua....*lambaitangan* muahh muahh muahhahaha....>< asal hyper semacam je ni ?? haha nak tahu kenape?nak tak nak tak? Kan raya  ni...Jom nyanyi sikit..^^                 Selamat Hari Raya kepada saudara serta saudari Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini Di masa bulan ramadhan kita brpuasa hingga sebulan... pabila syawal menjelma hari raya disambut denga gembira.... hihihi...Selamat Hari Raya stalker semua...>< Sempana hari raya yang mulia ini ,saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa ,tersilap typing or anythingla...okay? kosong kosong eh ? hihi Okay ,hari ni Ieqa nak throback pasal my family when first day raya... baju raya tahun ni warne coklat ke kelabu kelabuan and kuning and merah...3 baju raya.. mase first day raya aritu my family raya rumah belah mama...so,adat keluarga sejak turun temurun mase first raya mesti bersalam-salaman with m...